Pengenalan Wudhu dan Rukun Wudhu
Wudhu dan rukun-rukun wudhu
Hari ini saya akan menjelaskan Topik Tingkatan 1 KSSM dalam bidang Fiqh iaitu Wudhu. ‘Berwuduk’ atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah dan sia-sia. Rukun wudhu terbahagi kepada enam perkara. Antaranya ialah:
1.Niat
Niat dari segi bahasa ialah Qasad (menuju atau bermaksud mahu melakukan sesuatu). Manakala pada syarak ialah qasad sesuatu yang disertai dengan melakukannya (apa yang diniatkan). Tempatnya ialah di hati dan disunatkan berlafaz dengan lidah dan waktunya ialah ketika membasuh bahagian yang pertama daripada muka, kerana itu adalah permulaan wudhu.
2.Membasuh Seluruh Muka
Seluruh muka itu sempadannya ialah dari segi memanjang bermula daripada tempat tumbuh rambut (bahagian atas) hingga bahagian paling bawah dagu dan dari segi lebarnya bermula daripada telinga hingga ke telinga. Maka adalah wajib membasuh kesemua yang ada pada muka iaitu bulu kening, misai, janggut zahir dan batin, kerana semua itu adalah sebahagian daripada muka.
3.Membasuh Dua Tangan Hingga Dua Siku
Siku adalah termasuk di antara anggota yang mesti dibasuh kerana perkara tersebut telah disebut di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (246) daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:
“Dia telah berwudhu dengan membasuh mukanya lalu dia telah menyempurnakan wudhunya. Kemudian dia membasuh tangan kanannya hingga ke bahagian atas siku, kemudian tangan kirinya hingga ke bahagian atas siku. Kemudian menyapu kepalanya. Kemudian menyapu kepalanya. Kemudian dia membasuh kaik kannya hingga ke betism kemudian kaki kirinya hingga kebetis. Kemudian dia berkata: Demikianlah aku melihat Rasullullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam.”
Oleh itu adalah wajib meratakan basuhan ke semua bulu dan juga kulit.
4. Menyapu Sebahagian Daripada Kepala
Menyapu sebahagian aripada kepala itu memadai dengan sehelai rambut selama ia berada dalam sempadan kepala. Ubun-ubun kepala adalah bahagian depan kepala dan ia adalah satu bahagian daripada kepala. Memadai menyapu di atasnya adalah dalil yang menunjukkan bahawa menyapu juzuk daripada kepala itulah yang dituntut. Dan maksud menyapu kepala itu akan berhasil (diterima) dengan disapu pada mana-mana bahagian kepala.
5.Membasuh Dua Kaki Hingga Dua Buku lali
Buku lali ialah tulang yang timbul daripada setiap belah kaki yang merupakan pemisah (sendi) antara kaki dan betis. Kedua buku lali adalah termasuk dalam anggota yang mesti dibasuh. Oleh itu adalah wajib dibasuh kedua-dua kai dan tidak boleh tertinggal sedikit pun walaupun satu tempat di kuku atau di bawah kuku sebagaimana kedua-dua tangan.
6.Tertib
Tertib ialah membersihkan anggota-anggota wudhu dengan cara berurutan, satu demi satu, sesuai dengan urutan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala berdasarkan kepada ayat yang menyebutkan tentang rukun wudhu secara tertib dan juga daripada perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana baginda tidak berwudhu melainkan secara tertib sebagaimana susunan yang disebut oleh Al-Quran.

Comments
Post a Comment