Pengenalan Wudhu dan Rukun Wudhu
Wudhu dan rukun-rukun wudhu Hari ini saya akan menjelaskan Topik Tingkatan 1 KSSM dalam bidang Fiqh iaitu Wudhu. ‘Berwuduk’ atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah dan sia-sia. Rukun wudhu terbahagi kepada enam perkara. Antaranya ialah: 1.Niat Niat dari segi bahasa ialah Qasad (menuju atau bermaksud mahu melakukan sesuatu). Manakala pada syarak ialah qasad sesuatu yang disertai dengan melakukannya (apa yang diniatkan). Tempatnya ialah di hati dan disunatkan berlafaz dengan lidah dan waktunya ialah ketika membasuh bahagian yang pertama daripada muka, kerana itu adalah permulaan wudhu. 2.Membasuh Seluruh Muka Seluruh muka itu sempadannya ialah dari segi memanjang bermula daripada tempat tumbuh rambut (bahagian atas) hingga bahagian paling bawah dagu dan dari...